suke-suke..hepi-hepi..tak nak stres2 okeyyyhhh...........

First of all, thanks to alls yg sudi lawat my page ni..thanks to all bloggers yg bg n share ilmu...sesiapa yg nak share ape2 dipersilakan...ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg dikongsi dan memberi manfaat kepada sesiapa yg menerimanya...Semoga apa yg kita kongsikan mendapat redhaNYA......SENYUMMM..xperlu kata apa-apa...

Saturday 26 November 2011

Hari Asyura @ 10 Muharram....Mari BERAMAL..

 Perkara-perkara sunat dilakukan pada hari ASYURA :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Moga kita sama-sama dapat menambahkan pahala dari kebaikan yang kita lakukan...AMIN..

Bulan-bulan islam...

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.
  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.
  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Selamat tahun baru HIJRAH 1432....Selamat tinggal kenangan 1432H....

Marilah  kita sama-sama berHIJRAH dan mulakan tahun baru kita dengan azam dan niat yang betul.Sama-samalah kita berdoa.....YA ALLAH, berilah kami kekuatan untuk menjalankan segala suruhanMU dan peliharalah akhlak kami, berkatilah kami, lindungilah kami, kurniakanlah rezeki kepada kami, ampunilah dosa-dosa kami , ibubapa kami, serta seluruh muslimin & muslimat...Hanya engkau maha pemurah lagi maha menyayangi....


Doa akhir tahun di baca 3 kali pada penghujung waktu asar, sebelum masuk waktu maghrib......



Doa awal tahun...Di baca 3 kali selepas solat maghrib....

Thursday 24 November 2011

Terkenang...

Hehehe....teringat pulak kat bebudak ni..my ex-students. Ada yang dah g menara gading..UNITEN, Uitm, POLI, UTP....From the left : Ainol adha, ashwin,jagethes,subash,aini,poga,vong, kanagesh,sharmila, amutha....Front : Syakilla, amiera, ME and Farah....Semoga u all dapat mencapai apa yang dicita-citakan....
Apa sahaja halangan dan dugaan yang mendatang, hadapilah ianya dengan tabah dan pastikan diri tidak dikuasai oleh masalah....masalah datang untuk diselesaikan, bukan untuk disimpan buat pekasam.....adiosss..

Tuesday 22 November 2011

Musim tengkujuh bermulaaa.......

Seram gak bile hari ni tgk paper ada negeri yang banjir..YA ALLAH..moga hujung tahun ni tempat kelahiranku tidak dilanda banjir lagii...x sanggup rasanya..sama2 kite doa ye...kat atas tu gmbr bnjir awal thn ni..masa thn baru cina...kesian tgkdiorang..kitorang blk la 2 hari coz nk jenguk ayahanda n antar sket brg2 kering...alhamdulillah...dia ok..ada sepupu yg baik hati tlg bagi mkn n minum(kitorang panggil diorang pak n kak sam)...kat pusat pemindahan tu pon ada masak2 utk mangsa bnjir....dpt la kitorang tmpang tdo umah my cousin(abg pok n k.norma)...masa ni, air naik tinggi...kalo saya diri kat laman rumah sure tenggelam..about 3m juga la...

Monday 21 November 2011

TAHNIAHH....

Macam2 tahniah nak ucap...

1.     To my dear friend, sis Hasliza Hashim (my gagak hitam group) coz dapat pindah akhirnya...pulang ke 
        pangkal jalan..hehehe..X lupo kat sis Norliza ( my neighbour kat staff room n my KP) pon dapat pindah
        ikut asben to perak also my little sweet mommy..adik mazni coz dpt pindah blk
        perak.....SAYONARAAA U OLLSS...We ollss akan ingat selalu kat u ollsss...
2.     To all anak2 saudara n adik ipar yang baru dpt result UPSR...kak long fidah : 5A's, Marsya : 5A's, :    
        Afiq : 4A's, Angah : 4A's, Ellee : 3A's , kak Ngah Ajah & Aliph : 2A's....Teruskan usaha korang
        yee...ni br UPSR..jauh lagi nak sampai menara..ni baru basement...nak naik tingkat atas
        KLCC..hehehe..
3.    To my dear Abg Is...kerana baru lps "POTONG" on 19/11...dah dewasaaaa...

Cuti....dan lagi..dan lagiiiiii.....

SALAMM semua...
Hmmm...cuti sekolah kembali lagi..tapi xleh la nak balik kg lagi, nak temankan our students seat for SPM..Tuesday : my babe ada kelas +math, Wed : paper +math, thursday : my science paper...Doa sangat2 budak2 ni dapat jawab xm dengan tenang...Mohon diterangkan hati2 mereka...AMINN..Korang berjaya, tce tumpang gembira..