suke-suke..hepi-hepi..tak nak stres2 okeyyyhhh...........

First of all, thanks to alls yg sudi lawat my page ni..thanks to all bloggers yg bg n share ilmu...sesiapa yg nak share ape2 dipersilakan...ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg dikongsi dan memberi manfaat kepada sesiapa yg menerimanya...Semoga apa yg kita kongsikan mendapat redhaNYA......SENYUMMM..xperlu kata apa-apa...

Friday 17 February 2012

Jarang-jarang kite lihat...

Hari nie saye n hubby blk kampung...macam-macam dah terbayang, udang galah, buah duku, ikan baung sungai..ermmm..misti my bro dah tlg pancingkan..harap-harap lar. B4 balik tu, my hubby g la tengok2 pokok belakang umah sambil petik buah limau nak bawak blk bg abah..tetiba mr jiji panggil n suh amik satu gambar ni..terkezuttt den..pokok pisang yang hubby tebang beberapa minggu yang lalu, kuar jantung pulak..Subhanallah..

Hehehe...me n hubby betul2 terkezut, but syukur la..ada sesuatu yang menarik untuk kite lihat.Actually my hubby br je baca berita mcm ni gak kat metro...tup-tup dpt tgk live..Itulah BUKTI KEKUASAAN ALLAH...Allahuakbar...

Saturday 11 February 2012

Resepi Kebahagiaan...

Bahan-Bahan :

  1. 2 cawan KESEDERHANAAN (amalkan cara hidup sederhana)
  2. 2 Cawan KEIMANAN (biar lebih, jangan kurang)
  3. 2 sudu besar SAAT INI (nikmati apa saja detik indah ketika ini dengan penuh kesyukuran)
  4. 3 genggam KESABARAN (sabar tu kan separuh dari iman..)
  5. secubit KRITIKAN (jangan terlalu gemar mengkritik, cermin diri dulu)
  6. 0 gram  IRIHATI ( elakkan )
  7. SENYUMAN sesedap rasa (Murahkan senyuman, jangan terlalu serius)
Cara-cara :

Bahan-bahan tadi hendaklah diadun dengan penuh kasih-sayang dan mengikut keselesaan..Bakar dengan api cinta yang membara dan siram dengan amalan-amalan wajib dan sunnah. Titiskan dengan rezeki yang halal dan ceriakan dengan warna-warna kehidupan...Selamat Mencuba...

Bercinta Sampai SYURGA...

Wahhh...nak citer pasal CINTA pulak...Hehehe..Bukan aper, skrg nie ramai student yang sedang asyih mahsyuk bercinta..Namun, berapa ramaikah yang menyulam cinta tanpa meyiasat bebenang yang menjalinnya..Adakah ianya TAQWA, atau cinta BUTA yang hanya berlandaskan NAFSU dan tidak berpijak di bumi yang nyata..CINTA itu ada kuasa sendiri, biar runtuh awan di langit, biar bumi bergegar, lautan api sanggup direnangi...Akhirnya, belum luntur inai di jari, belum menjengah dunia anak dikandung, rumahtangga dah berantakan...Nauzubillah..mintak dijauhkan..Semuanya kerna kita gagal mengawal tekanan, kurangnya kesabaran, tipisnya iman dan taqwa...Tatkala bercinta hanya memilih yang indah-indah sahaja...
Bagaimana nak bercinta sampai syurga?

1. Tebalkan iman dan taqwa
2. Hidup berlandaskan ajaran agama
3. Kawal emosi
4. Saling menghormati antara pasangan
5. Ingat bahawa dunia adalah ladang akhirat...
6. Berkata yang baik-baik sahaja
7. Mengumpul rezeki yang halal

So, untuk semua dua insan bercinta, bercintalah hingga ke syurga. Berjuanglah dengan berbekalkan taqwa dalam mengharungi epilog cinta kita hingga mengecapi indahnya Syurga..

Thursday 9 February 2012

Sujud syukur....

Hmmm..kali ni rasa mcm nak share sket pasal sujud syukur. Kadang2 kita sebagai manusia seringkali lupa nak megucapkan terima kasih kpd ALLAH jika dikurniakan nikmat. Kenapa bila kita inginkan sesuatu dariNYA kita mintak dengan bersungguh2, tapi bila dah dpt kadang2 kita lupa seketika dek kerana terlalu gembira...itulah manusia..Tak susah, nak ucap terima kasih...dapat je berita gembira, biasakan ucap alhamdulillah..Amalan sujud syukur ni adalah sunnah Rasulullah s.a.w..

 Cara :
  1.  Niat serta Takbiratul Ihram
  2. Sujud (1 kali) baca Allahu Akbar ketika bergerak sujud dan ketika bangun dari sujud
  3. Memberi salam
Bila nak kena sujud syukur nie?
  1. Bila dapat rezeki yang halal
  2. naik pangkat
  3. dapat zuriat
  4. diberi kekayaan
  5. sembuh dari penyakit
  6. dapat sesuatu yang lama kita inginkan
  7. mendapat apa sahaja kurniaan dari Allah..
Semoga sama-sama dapat manfaat...ilmu yang baik jangan disimpan buat pekasam...selamat beramal..

Tuesday 7 February 2012

Tempat yang paling tenang....


Ahamdulillah.....dapat saya jejakkan kaki ke bumi suci Allah....SYUKUR tak terhingga..Tak dapat nak gambarkan macam mana rasanya bila kita berada di tanah suci...Gambar tu masa berada di Masjid Nabawi Madinah..Masa di Masjidil Haram x amik gambar..masa tu xleh bawak kamera. Lagipun, mmg x ingat langsung nk bergmbr kat situ..yelahhh..masa tu x ingat sgt benda lain, yg ada kat fikiran cuma nak tenangkan hati, kumpul sebanyak pahala yang dapat n buat sebanyak amal ibadat yang mampu...So, sapa2 yang ada rezeki lebih...Bolehla pasang niat utk smpai ke tanah suci...InsyaAllah bila ada niat, adalah nnti rezeki yang Allah bagi...Inilah tempat yang paling baik untuk menenangkan fikiran , lupa pada masalah dunia n tenang dalam beribadat......InsyaAllah...

Monday 6 February 2012

Nasi ala Kenny Roger's..

Oleh kerana cuti 4 hari..so byk la masa nak try resepi2 baru..Yg ni memang favourite my hubby...So, b4 tu bagi tgk gambo dulu yerr..kalo ada mcm berkenan tu , leh la try sendiri kat umah..

 
Menu : Nasi kukus, ayam panggang blackpepper, mashed potato, salad.....

 
 
Untuk Nasi :
 
Bahan-bahan.....
  1. 1 cawan beras
  2. 1 inci halia
  3.  2 biji bwg putih
  4. 1 biji bawang kecil
  5. 1/2 biji bawang besar dihiris bulat
  6. 1 tsp garam halus
  7. 1 tsp susu pekat
  8. 3 biji bunga cengkih & buah pelaga
  9. sedikit kiub ayam
  10. 3 sudu besar marjerin/minyak jagung/butter/minyak masak...(mana yg ada)
  11. 2 inci Carrot + tomato buah + capsicum merah(kalau ada)--> potong dadu
 CARA-CARA :
 
A. Kisar halia, bwg putih, bwg kecil..(air 1/2 gelas)
B. Panaskan Marjerin/minyak..bunga cengkih + buah pelaga+bawang besar
C.Masukkan bahan kisar
D. Masukkan garam+kiub ayam+susu+1 cawan air + bahan yg dipotong dadu
E. Matikan api..
F. Basuh beras, masukkan dalam bekas untuk kukus + bahan yg ditumis...
    kukus sampai masak (dlm 45 minit)...boleh tambah air sket masa kukus tu kalau nasi keras..
 
 
AYAM PANGGANG BLACKPEPPER...
 
BAHAN-BAHAN...
  1. 1/2 ekor ayam Saiz kecil
  2. 1 inci halia
  3. 1 sudu lada hitam
  4. 2 biji bawang putih
  5. 2 sudu kicap pekat(kalau xde leh guna kicap biasa)
  6. 2 sudu madu
  7. 1 camca gula + garam
Cara-cara....
 
1. Halia, bawang dikisar
2. Gaulkan bahan kisar +lada hitam+kicap+madu+garam+gula dengan ayam
3. Perap dalam peti (lagi lama lagi bagus)
4. Bila siap perap...bakar selama 30 minit dengan suhu 180...
 


Black Pepper sos
 
Bahan2:
 
  1. 2-3 sudu besar lada hitam ditumbuk/kisar halus(boleh tambah jika nak pedas)
  2. 2 ulas bawang putih(tumbuk lumat)
  3. stok ayam -(buat sendiri atau guna kiub)
  4. air(3-4 cawan) (jika guna air stok ayam tak perlu air)
  5. 2-3 sudu tepung jagung(gaulkan dgn air)
  6. garam/perisa
  7. mentega/butter utk menumis
cara-cara :
  1. panaskan butter. tumis bawang putih hingga naik bau
  2. masukkan lada hitam
  3. masukkan stok ayam. gaul rata
  4. masukan air
  5. masukkan garam/perisa
  6. masukkan air tepung jagung
  7. gaul hingga pekat
  8. siap utk dihidang dgn ayam bakar. macam kenny Roger Roaster

kalau nak yg lagi simple... masak sedikit sos blackpepper LIFE dengan 1/2 gelas air, tambah sedikit garam dan lada hitam yg dipecah2..tambah sedikit bancuhan tepung jagung(1 sudu dah cukup).
 
 

MASHED POTATO
  1. Ubi Kentang
  2. Butter (ikut kesesuaian-bergantung pada ubi kentang)
  3. Fresh milk/cream
  4. Ground Black Pepper
  5. A pinch of salt(jika perlu)
  6. Cheddar cheese..kalau nak..
CARA-CARA :

 
Bersihkan ubi kentang(buang kulit) tapi jgn dikerat. Rebus ubi kentang sampai empuk. Buangkan air rebusan tanpa mengeluarkan ubi kentang dari periuk. Panaskan semula dgn api paling kecil. Kemuadian,masukkan butter dan susu/krim dan lecekkan ubi kentang. Masukkan ground black pepper dan garam jika perlu.
 ***Tambahkan dengan keju cheddar jika mahu***
kacau hingga sebati...Tadaaaaa..dah boleh makan..

 

 

 
Gravvy....
 
Bahan A :
  1. 1 biji bawang besar dihiris
  2. 1 1/2 kiub ayam (stok air rebusan daging/tulang pon sdp )
  3. air (agak-agak la)  
*** 3 Bahan ni kita didihkan dulu sampai betul2 masak
 
Bahan B :
  1. mentega / butter
  2. sos tiram
  3. 2 atau 3 sudu tepung jagung - kalau nak buat byk, letak lebih sket.(larutkan ngan air sket)
  4. black pepper
  5. bahan A (yang dah dididihkan tadi) 
Cara :
  1. Cairkan mentega/butter dlm kuali sampai cair (kalau ada lebihan minyak panggang ayam pon leh guna)
  2. Masukkan tepung jagung tadi . Kacau hingga sebati....
  3. Masukkan kuah A tadi sedikit demi sedikit ngan black pepper...kalau nak cair sket letak sup lebih..
  4. bila dah sebati, campukan sedikit sos tiram..Ikut suka nak letak banyak mana, atau bila kaler dah ok...
  5. Rasa sket, kalu kurang masin leh tambah garam...
  6. Tadaaa...dah leh mkn ngan mashed potato...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak tempah bilik?

Mayangsari Resort Port Dickson :
Apartment persendirian 2 bilik....


Rate :

Check-ni : Sunday - Thursday  RM 195.00/night
Check-in : Friday - Saturday   RM  265.00/night

Harga boleh runding.....








contact us : zizi - 0192316078
                   mar- 0192316079