Hari nie entri pasal acar buah pulak. Kalau kat Johor, ramai yg suka makan dengan nasi minyak...Arwah mak cukup suka makan dengan bubur nasi..Skang nih, ada gak yg buat tempahan tuk kenduri kawen..hehehe, rezekii...tenkiu mak..ajar saya...
so, nak share sket resepi acar buah nie...sape2 yang suka makan..leh la try buat..
Bahan-bahan kisar :
- 4 inci halia
- 6 biji bawang putih
- 10 biji bawang kecil
- 5 sudu udang kering
- 2 cawan lada kisar
- garam
- 1 cawan gula
- 1 cawan air asam jawa
- minyak untuk menumis
Bahan potong :
- 250 g bawang kecil (kerat 2)
- 250 g bawang putih (kerat 2)
- 100 g jeruk ceri merah
- 100g jeruk ceri kuning
- 100g jeruk asam dipotong
- 100g buah prun (dipotong 6)
- 100 g asam merah (nak letak lebih pon boleh)
- 100 g jeruk sengkuang (dipotong dadu)
- 100 g kismis
- 20 biji cili padi (digoreng)
cara-cara :
1. panaskan minyak, goreng dulu bawang putih dan bawang kecil yang dipotong..bila dah kekuningan,
angkat dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hingga garing
3. masukkan gula, garam
4. masukkan semua jeruk dan gaul rata
5. masukkan air asam, biarkan mendidih
6. perasakan...(kalau kurang garam/gula leh tambah)..
7. Kacau sampai sebati dan boleh angkat bila terbit minyak..
Pesanan penaja : resepi ni boleh dapat sebalang acar buah..kalau nak buat sikit, kurangkan lada dan bahan jeruk. Jeruk yang digunakan boleh tukar lain(bergantung pada minat). Cadangan jeruk : buah kana, jeruk anggur, jeruk betik, jeruk belimbing, jeruk limau, lobak masin/manis..Untuk semua customer...tenkiu olss..
SELAMAT MENCUBA.....
Nak tempahh??..satu balang besar RM 70.00..