“Bersabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya di syurga ada sungai yang disebut dengan rajab (isinya) lebih putih dari pada susu, dan lebih manis dari pada madu. Barangsiapa yang berpuasa sunnah satu hari pada bulan Rajab akan diberi minum oleh Allah dari sungai tersebut.” (HR. Imam Baihaqi)
Dari Abi Hurairah berkata ; Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wassalama bersabda ; “ Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab Allah mencatatnya sebagaimana orang puasa 60 bulan”.
Barang siapa membaca :
رَبِّ اغْفِرْ لي وَارْحَمَنِْي ُوتُبْ عَلَيَّ ٧٠ ×
Setiap selepas isya’ malam bulan Rajab, maka tidak akan tersentuh kulitnya oleh api neraka (Al-Hadits)
Amalan bulan Rejab
1. Istighfar Rajab (70x siang & 70x malam) ;
أللهم اغفرلي وارحمني وتب علي وانت خيرالراحمين.2. Tasbih Rajab (100x tiap selepas maghrib) ;
Pada malam 1 – malam 10 Rajab, سبحان الله الحي القيوم.
Pada malam 11 – malam 20 Rajab, سبحان الأحد الصمد.
Pada malam 21 – malam 30 Rajab, سبحان الله الرءوف
3. Banyakkan berpuasa sunat di bulan ini (terutama 1,2,3 Rajab
& sunat Isnin Khamis.
4. Banyakkan membaca AL-QURAN
Doa Awal Rejab
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
(Allahumma baarik lanaa fii rojabin wa sya'baana wa ballighnaa romadhoona)
Maksudnya : Wahai Allah! Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan
No comments:
Post a Comment