Salam hujung minggu...
Memandangkan lama sis tak post apa-apa...berbekalkan sokongan dari rakan2...minggu ni sis nak share sedikit cara nak rangsang saraf motor anak2...
Pertama, ibu2 dan ayah2 jangan sekat keinginan anak2 untuk bermain di laman rumah. Biarkan anak2 kita sentuh2 pasir, tanah, rumput, main petik2 bunga, tangkap2 belalang...ini akan merangsang saraf2 di bahagian tapak tangan dan kaki..sis pesan satu je, lepas anak2 bermain, please sental dan sabun bersih2 kuku, kaki dan tangan...bukan apa, ini dapat menyingkirkan telur2 cacing yang melekat di bawah2 kuku...
Kedua, simple je...minta tlg anak2 sidai baju ikut klasifikasi..baju, seluar, tuala...kemudian minta mereka sepitkan pakaian...ini secara tidak lngsung membantu mereka utk lebih fokus..
Ketiga, ni memang mudah, sambil ibu2 memasak di dapur, sediakan 3 tapis kecil berlainan warna, kemudian minta anak2 asingkan sudu dan garfu mengikut arahan..ada budget lebih, belikan batang aiskrim pelbagai warna dan buat lngkah yg sama...
Nah, mudah tak...ladies out there, jgn stress membesarkan anak2...enjoy this moment together with your love...remember, only Allah knows everything...
♡sis mar♡