suke-suke..hepi-hepi..tak nak stres2 okeyyyhhh...........

First of all, thanks to alls yg sudi lawat my page ni..thanks to all bloggers yg bg n share ilmu...sesiapa yg nak share ape2 dipersilakan...ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg dikongsi dan memberi manfaat kepada sesiapa yg menerimanya...Semoga apa yg kita kongsikan mendapat redhaNYA......SENYUMMM..xperlu kata apa-apa...

Sunday 29 January 2012

Beberapa amalan untuk membuka pintu rezeki...jom kita amalkan...

Petang2 mcm ni rasa nak share sikit beberapa amalan yang dapat membuka pintu rezeki kita a.k.a murah rezeki...
InsyaAllah jika kita lakukan dengan yakin dan istiqamah, semuanya tiada yang mustahil...
  1. Biasakan bangun awal pagi ( solat subuh dan x perlu nak sambung tidur lagi )
  2. Amalkan solat DHUHA
  3. Membaca "YA RAZZAQ" sebelum solat subuh (asma'ul husna ke-18)
  4. Membaca surah Al-Fatihah 40 kali di antara solat sunat subuh dan solat subuh serta berdoa mohon dimurahkan rezeki.
  5. Amalkan membaca "YA AZIIZ" 40 kali sehari(asma'ul husna ke-9)
  6. Berzikir "YA AAKHIRU" (asma'ul husna ke-74)
  7. Amalkan membaca "YA MUGHNIY"(asma'ul husna ke- 89)
  8. Baca "YA Malik" setiap pagi atau sesudah gelincir matahari
Pesanan penaja :
 Harta bukanlah milik kita, untuk kita hanyalah rezeki...Terkurang himpun lagi...Terlebih, bersedekahlah...Terima kasih ALLAH kerana meminjamkan haknya...

Sesunguhnya asma'ul husna itu banyak kelebihan dan ganjaran bagi sesiapa yang menghafal dan mengamalkannya...

Masak ape ye?

hehehe...hari ni x tau nk buat ape...mls nk kuar jenjalan..pg tadi da sepagi berkebun..cheeewahh..berkebun giteww..smbil2 tgk tv ni, nk kongsi sket resepi mudah : UDANG GORENG KUNYIT..

Bahan-bahan :

  1.  10 ekor udang saiz sederhana (bersihkan)
  2. 2 biji bawang putih
  3. sebiji bawang kecil
  4. sebiji bawang besar (dipotong bulat)
  5. 2 cm halia
  6. 2 cm kunyit
  7. 3 biji belimbing (kalau xde letak tomato sebiji-potong 4) takde gak..letak sekeping asam
  8. 3 biji cili padi (x suka pedas x yah letak)
  9. sebiji cilil besar belah 2 (untuk hiasan)
  10. 1/2 sudu garam ( ikut sesedap rasa )
  11. 1 camca sos tiram
lepastu buat ape?
  1. bawang,halia, kunyit, cili padi --> blend(jgn terlalu byk air)
  2. panaskan sedikit minyak (1/2 senduk)
  3. masukkan bhn yang dah blend tadi
  4. tgu smpai garing(pecah minyak) baru masukkan sos tiram, garam, udang,bawang yang dihiris
  5. masukkan sedikit air(1/4 cawan)
  6. akhir sekali masukkan belimbing/tomato dan cili besar dan biarkan dalam 3 minit.
  7. tadaaaa....dah siap..

SELAMAT MENCUBAAA.......

Saturday 28 January 2012

Lagi sunnah Rasulullah yang mudah untuk kita amalkan...

Banyak sebenarnya sunnah Rasulullah yang boleh kita amalkan seharian...DI sini, disenaraikan lagi beberapa amalan2 sunnah yang  dapat diamalkan oleh kita dalam kehidupan seharian.Sedikit-sedikit, lama-lama akan menjadi kebiasaan kita...Selamat beramal..Jom kongsi dengan kawan-kawan..

  1.  Mulakan makan dengan membasuh tangan dan ucapan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah..
  2. Bertakbir ketika melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat rendah..
  3. Berpuasa 3 hari setiap bulan hijriah (13,14,15)..
  4. Mandi hari Jumaat
  5. Hadir awal untuk solat Jumaat
  6. Menziarahi kubur
  7. Qiyamullail
  8. Solat witir
  9. Duduk di tempat solat selepas subuh hingga terbit matahari
  10. Ziarah-menziarahi
  11. Mencukur bulu ketiak dan bulu ari-ari
  12. Menutup mulut dengan belakang tangan kiri ketika menguap
  13. Membunuh cicak
  14. Membuang/menghilangkan benda-benda yang menghalang jalan(najis, duri, kayu, lubang, lopak)
  15. Memelihara cerita yang didengari daripada tersebar
  16. Mendahulukan buah-buahan sebelum makan.
  17. Makan malam sebelum maghrib
  18. Menziarahi orang sakit
  19. Berzikir ketika masuk rumah
  20. Bertoleransi semasa berjual beli
  21. Memberi nafkah kepada keluarga
Selamat beramal....moga hidup kita sentiasa diberkati..InsyaAllah..Janji Allah itu pasti...

Tips pemakanan Rasulullah S.A.W...

Berikut adalah serba sedikit amalan pemakanan Rasulullah...

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.

2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasita susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.

4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.

6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.

7. Rasulullah akan tidur sekejab selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur(Qailullah)

8. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Magrib.

9. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.

10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.

Rasulullah SAW mengajarkan etika makan kepada ummatnya. Di antara hal-hal yang beliau ajarkan adalah :

1. Tidak mencela makanan yang tidak di sukai
2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
3. Membaca basmalah dan berdo’a
4. Makan menggunakan tangan kanan
5. Tidak bersandar ketika makan
6. Memakan makanan yang terdekat
7. Memulai makan dari pinggir dan bukan dari tengah
8. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
9. Menyisip tangan bagi yang makan tanpa sendok/garpu
10. Membersihkan piring dan membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya
11. Tidak memperlihatkan rasa jijik terhadap makanan yang tidak biasa dimakan atau tidak disukai
12. Makan dan minum sambil duduk
13. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
14. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit
15. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram
16. Mendahulukan orang yang dikanan
17. Pemberi minuman yang paling akhir minum
18. Mendoakan shahibul bait (yang mengundang makan)
19. Menutup tempat makan dan minum

MARI AMALKAN AMALAN SUNNAH RASULULLAH.......

7 amalan sunnah rasulullah......
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama  : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua      : Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum 

                   mata  melihat dunia,  sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
                   penuh pemahaman.

Ketiga     : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah

                  kemana pun  langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan,
                  bukan kerana panggilan   muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
                  untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima    : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan  

                   malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam  : Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata  

                   khalifah Ali bin   Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu  ia akan sentiasa merasa  
                   selalu solat walau ia sedang tidak  solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, 
                  "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh   : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa

                   kita akan  dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi.

Moga kita sama-mendapat syafaat darinya kelak...insyaAlah...

Friday 27 January 2012

Rabiul Awal...1433 H

Salam sejahtera semua..
Hari ni dah hari ke 3 bulan yang ke 3 dalam kalendar Hijriah...3 Rabiul Awal 1433 Hijrah..3.03.33 macam cantik je nombor ni kann..kena lak ngan hari Jumaat..Tapi bukan itu yg penting, sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan kita...marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan terutama amalan wajib...kalau dulu sembahyang sorang2..sekarang dah boleh solat jamaah sama2..dengan suami, kawan2, adik beradik, mak abah...lagi bagus kalau sempat pergi surau/masjid...then tingkatkan amalan2 sunat.. bersedekah, bykkan berselawat, baca al-quran, berpuasa sunat, menolong orang....Insya Allah apa saja kebaikan yg kita lakukan akan mendapat ganjaran sewajarnya...Amin..

Wednesday 4 January 2012

Alhamdulillah ...Syukur..

Alhamdulillah, hari ni dapat menjalankan tugas dengan jayanya pada hari pertama bekerja utk tahun 2012..Hari ni gak Mr. Bm kuar dari spital..hehe, aritu antar servis..Syukur juga pada tuhan coz harini my 1st customer call untuk booking my mayangsari apartment for 3 days..rezeki di awal tahun...

Kak ngah.....seronok sgt dapat duk asrama...x sedih langsung tinggalkan her twin kat rumah...



yg nie...razin..he's very happy n x nangis langsung...

             Hari ni ramai la anak2 sedara yg start sekolah...ni 2 pictures send by my sis...satu tu kak ngah, baru masuk asrama, 2nd tu azin..baru try sekolah tadika..both very good...x nanges langsung.Satu lagi masuk darjah satu, SHIRA(kelantanese) hehehehe.. Yg ni xde pic...chaiiiyok..chaiiiyokk..Apapon, i doakan semoga diorang semua blaja rerajin n dapat ilmu yang bermanfaat dan dapat menggunakan ilmu tu ke jalan yang diredhai...AMIN..