suke-suke..hepi-hepi..tak nak stres2 okeyyyhhh...........

First of all, thanks to alls yg sudi lawat my page ni..thanks to all bloggers yg bg n share ilmu...sesiapa yg nak share ape2 dipersilakan...ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg dikongsi dan memberi manfaat kepada sesiapa yg menerimanya...Semoga apa yg kita kongsikan mendapat redhaNYA......SENYUMMM..xperlu kata apa-apa...

Monday 24 December 2012

Monday 3 December 2012

jen..jen..jennjalan...@ Mayangsari Resort n Spa PD..

ahakk...ahakk..ahakk..jalan lagikk..kali nie dkt jeww..actually hubby tanda kertas kat pd, so kitorang pon melepak la 4 hari kat sini..jalan kann..sapa yang taknakk.kali nie hubby bwk mak, abah n adik-adik...lama x jln2 ngan diorang..budak-budak nie, bila nmpk kolam mulalah rasa macam nak duk je dalam kolam tu sampai malam..aduihhh.xpe, yg penting, diorang seronok..

akhirnyaaa...nenek n atuk ensemm ponn swimming...

Add caption

pagi-pagi dah ada rainbow..gerimis mengundang giteww...
misi mencari lala...lalalalala..
 
Ratu, iskandar n abg eli...


Tuesday 20 November 2012

UPSR 2012...

mowninkkkk....hehehe semalam x sempat hapdet blog..bizi skett..result UPSR dah keluar pon semalam(19/11/2012).Tahun nie 2 orang anak sedara amik UPSR..Alhamdulillahhh...mereka dah lakukan yang terbaik dan memulakan langkah dengan cemerlang..AMMAR n MAISARAH dapat 5A..Tahniah utk diorang. Ni baru langkah yang pertama, teruskan langkah seterusnya n pastikan tidak tersungkur di pertengahan perjalanan..Saya doakan....Pagi tadi dengar radio ERA..topik pasal hadiah utk UPSR..ade yang hadiahkan laptop, S2, duit 3 ribu, ipad, galaxy tab utk anak 5A UPSR ...wahhhh dahsyattt kann..tu baru UPSR...beruntungnyaaa adik-adik sekarang..ada jugak yang hadiahkan anak buku, bawak jalan-jalan, belanja makan...xpe, asalkan tidak keterlaluan sudah la...ikut kemampuan la kann..yang paling penting, doakan dan bimbing mereka untuk mengukir kejayaan seterusnya...opppsss, lupa lakkk nak ucap tahniah kepada semua kawan2 guru  yang berada di sk yang bertungkus lumus berikan yang terbaik utk anak-anak didik mereka,my frens cikgu salwa, cikgu lailee, cikgu wendy,cikgu maz, cikgu rahman...Almaklumlahh, byk gak beban tugas diorang skrg nih(w/pon ramai yg ckp ckg relaxx--saya rasa semua kerja ada keistimewaan n t/jwb tersendiri : so jgn kalut2 nk ckp keja siapa yg lbh/kurang)..tengkiu teachers..Semoga korang terus tabah, berjuang dgn gigih dan ikhlas..insyaAllah mendapat keberkatan dan redhoNYA...

Saturday 17 November 2012

KEPUTUSAN ANUGERAH AIM 19...

HELLOOOOO....
Uwahhhh...mlm nieh tido lmbt lagikk...actually, xder la tgk sgt AIM nieh..tukar2 gak la channel..sat-sat hubby tgk HBO, sat-sat tgk liverpool vs wigan...saya dpt tgk persembahan drpd GX4...teringatttt zaman dolu-dolu masa tu tgh glamer kumpulan2 nie(NICO,A to Z, SHADES, KOOL)...At that time, saya baru tingkatan 2@3...

RESULT AIM 19 :
  1. Artis baru terbaik : Mojo
  2. Persembahan Vokal Kumpulan Terbaik Dlm Lagu : Seperti Dulu (Forteen)
  3. Video Muzik Terbaik : Yuna ( Sparkle)
  4. Lagu Pop Terbaik : Shila Amzah (Patah seribu)
  5. Lagu Rock Terbaik : Azlan & The Typewriter(Idola)
  6. Lagu Melayu Terbaik Nyanyian Artis Luar : Sudah Cukup Sudah
  7. Anugerah Kembara : Mizz Nina
  8. Anugerah Wirama : Alleycats
  9. Vokal Terbaik DlmLagu : Jamal Abdillah ( Bahagia sementara)
  10. Vokal Terbaik Dlm Lagu : Jaclyn Victor (Counting Days)
  11. Album Terbaik : Salam Muzik
  12. Lagu Terbaik : atah Seribu (Shila Amzah)
Tahniah utk semuaaaa,,,suka tgk Pak Nil n kak Dibah..Tahniah Pak Nil coz dah x slm perempuan...sama gak Shila..Hijrah yg bagusssssss

Wednesday 14 November 2012

RESEPI ACAR TIMUN BEREMPAH @ ACAR RAMPAI

WAAAHAAA...Nak kongsi skett resepi tradisional (arwah mak saya yg ajar).KORANG PERNAH MKN X MAKANAN NIE?..Actually acar nie sedap dimakan dengan bubur nasi/nasi putih/nasi minyak...2 hari lps saya msk acar nie coz byk sgt timun kat umah mertua..lastly, x cukup lakk(dah lama sgt x buat, so mkn dgn jayanya)..so, pelagikk..the next day(semalam) buat lagikk..hahaha..klakar jeww..kalau u ollss nk try, saya bg resepinya...
BAHAN-BAHAN :

A : Bahan untuk dihiris/potong
  1. 3 biji timun ( dibuang biji dan dipotong panjang anggaran 2 inci)
  2. 1 biji karot (potong mcm timun tadi)
  3. 7 biji bwg besar (belah 4)
  4. 3 biji cili besar merah ( belah 4 )
  5. 3 biji cili besar hijau ( belah 4 )
  6. 10 biji bwg putih dikerat 2
***timun digaul dengan 3 sudu gula dan sedikit garam, ditoskan dalam tapis selama 20 minit...

B: Bahan kisar
  1. 1 biji bwg besar
  2. 4 biji bwg putih
  3. 2cm halia
  4. 2cm kunyit
C : Bahan lain
  1. 2 sudu ketumbar + 1 sudu jintan kasar + 1 sudu jintan halus(goreng tanpa minyak & kisar halus)
  2. 2 sudu besar kerisik
  3. 3 sudu besar rempah kari/kurma
  4. 3 sudu gula
  5. garam secukup rasa
  6. asam jawa
  7. 3cm halia dimayang halus
  8. 3 sudu besar udang kering (tak perlu kisar)
  9. minyak untuk menumis
CARA-CARA :
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. tumis bahan kisar, rempah kari/kurma, ketumbar dan jintan
  3. masukkan udang kering, halia mayang, bawang putih + bawang besar
  4. masukkan gula + garam + kerisik +air asam jawa (tunggu hingga garing)
  5. masukkan timun dan bahan hirisan yang lain.
  6. Perasakan( cukup masin, manis, masam)
Haaaaa...dah siappp.....


mar_amanz...


Mari Berhijrah....

SALAM TAHUN BARU HIJRAH 1434....

Ape azam kita untuk tahun baru nie? Mestilah nak yang lebih baik dari tahun lepas kann..Moga ilmu,iman dan amal kita seiring...Diharapkan tahun nie, rezeki yang diberikanNYA berganda2, diberikan kesihatan yang baik, dilapangkan masa, diberikan kekuatan dan ketabahan.....
        Sempena tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kerana diberikan keamanan, kesihatan dan kemakmuran...Berazamlah untuk sentiasa menjadi hambaNYA yang bertaqwa, mengelakkan diri dari sebarang bentuk kemungkaran, sentiasa bersyukur dengan pemberianNYA dan yang paling penting tidak menjadi seorang yang lalai...Kurangkan dosa tingkatkan pahala...

AZAM BARU SAYA :
  1. tambah amalan sunat
  2. kurangkan bergossip
  3. tambah rezeki
uishhh banyak laa kalau nak senaraikan..hehehehe..apapunnnn, jom kita sama-sama tambah amalan....

Sunday 11 November 2012

Semi final muzik-muzik....Minggu 1

  1. Azlan-Idola
  2. Stacy-Pelangi senja
  3. Drama Band- cerita dia
  4. Stacy-Kasanova
  5. Hafiz-Watak
  6. Asmida-Biar Sampai Ke Bintang

Friday 9 November 2012

Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012)

Suka...suka...suka....ala-ala fairy tales giteww..creative gakk...tapi mcm ramai sgt artis melayu perempuan yang nampak macam berkemban jewww...huhuhuhu..
Anyway enjoyy la tgk...sorry dapat update skett jeww result :
  1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Lisa Surihani (ombak rindu)

  2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Syafie Naswip (songlap)

  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Maya Karin (Ombak rindu)

  4. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam (songlap)

  5. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Ruminah Sidek (Parit Jawa)

  6. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Abu Bakar Omar ( Gincu Ayah)

  7. Pengarah Terbaik Filem - Fariza/Effendee Mazlan (Songlap)

  8. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (di telapak kaki bonda)

  9. Anugerah Yasmin Ahmad - Pierre Andre

  10. Drama Rantaian Terbaik - Jangan Ambil Padang Kami

  11. Filem Terbaik - Bunohan

SYABASS kepada semua pemenang....tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi...

Wednesday 7 November 2012

Nasi Goreng Simple dengan udang...


Bahan-bahan :
  1. 2 cawan nasi putih
  2. 6 biji lada cili
  3. 3 biji bwg merah
  4. 2 biji bwg putih
  5. segenggam bilis
  6. 1/2 sudu teh garam halus
  7. 5 ekor udang digaul dgn kunyit dan bwg putih dan digoreng
  8. Kobis/sawi/karot(dihiris halus)
  9. 4 sudu besar minyak untuk menumis
Cara-cara :
  1. cili + bwg + bilis dikisar/tumbuk...
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
  3. masukkan garam
  4. bila naik minyak/garing, masukkan telur dan gaul rata
  5. Masukkan sayur(kalau suka)
  6. perasakan (cukup masin/tidak)
  7. Angkat dan makan dengan udang yang digoreng tadi.
SELAMAT BERJAYA....
mar_amanz...

Monday 5 November 2012

Waspada : Mewarna rambut mengakibatkan kanser??

AWASSSS...khusus untuk kawan2, students, sedara-mara yang suka mewarnakan rambut(terutama yang memakai dalam tempoh yang lama)...kajian daripada CAP mengatakan bahawa penggemar gaya rambut berwarna yang sering menukar warna rambut adalah golongan yang berisiko tinggi menghidap penyakit berbahaya ( kanser sistem limfa, leukimia, atau kanser sel darah, kanser ovari dan katarak....Bahan ramuan yg terdapat dalam pewarna dipercayai diperolehi dari sumber petroleum, sebenarnya dianggap sbg pewarna tar arang batu. Tar arang batu ini mengandungi sebatian organik termasuk benzene(bhn pelarut yang beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit). Pencerah(digunakan semasa prose pencerahan) juga mengandungi agen peluntur hidrogen peroksida yang bertindak sbg agen kanser..Inai hitam juga ada yg bukan berasaskan sumber asli, malahan mengandungi "para phenylenediamine" yang merupakan bahan toksik yang mengandungi pewarna tar arang batu...so, fikir-fikirkan...sihat..ceriaaaaa....impian kitaaa..adiosss

Saturday 3 November 2012

Makanan sihat(makanan kegemaran Rasulullah)...


Dah tau makanan kegemaran Rasulullah apa? Semua yg di atas tu adalah antara makanan yg digemari Rasulullah...
  1. Tembikai
  2. Buah Zaitun
  3. Kurma
  4. Anggur
  5. Buah Delima
  6. Madu
  7. Susu
  8. Air kosong
  9. Cendawan
  10. Barli
  11. Cuka
So, boleh la kita mula berjinak2 jadikan sebagai makanan kegemaran kita pulak yeaa...

Tuesday 30 October 2012

Jenjalan Johor Premium Outlets....

Waahhaaaa.....entry kali nie nk citer skett pasal g JPO..Actually dah beberapa kali gakk g sini..bukan shopping sangat ponn, saja je jalan-jalan..senang je nak g sini..Lalu plus, exit senai utara...x jauh dari tol..
kat situ biasa larr, ade certain outlets yg ramai sangat org, smpai beratur 2@3 lane..kelakar pun ade.Banyak betul duit org mesia niehh..Paling i bengang skali bile masuk clark's outlet..4 pairs of shoes i berkenan, tapi satu pon xde saiz..tgl saiz besar2 jeww..saiz 8..huhuhu...foreigner pon ramai gak..esp singaporeans...tapi satu jeww yg sedikit menyedihkan, kalu nak solat, bawakla telekung sendiri..surau dia ok la w/pun i rse lebih kecik berbanding ferragamo nye outlet, yg x ok adalah telekungnye yg agak kotor....huhuhu...

RESEPI BIHUN GORENG SIMPLE...

Hari nie nak share sket resepi bihun goreng lada cili...my hubby suka sgt..

Bahan-bahan :
  1. Bihun 1 bungkus
  2. udang/ayam ikut suka
  3. Fish cake 3 pieces
  4. Telur ayam 2 biji
  5. Lada cili 15 biji (kalau nk pedas leh tambah)
  6. Bawang besar 2 biji
  7. Bawang putih 4 biji
  8. Bilis 
  9. Minyak untuk menumis
  10. Sayur(ikut suka) saya selalu tabur daun bawang , daun kucai n tomato jeww
  11. Garam halus
Cara-cara :
  1. Rendam bihun(saya selalu rendam guna air paip je)
  2. Kisar 5,6,7,8
  3. panaskan minyak (1 senduk)
  4. Tumis bahan kisar
  5. Masukkan sedikit garam
  6. Masukkan telur, udang/ayam
  7. Masukkan bihun
  8. Tambah sedikit air masak(1/4 gelas)
  9. Gaul sebati
  10. Masukkan sayur
  11. Angkat, taburkan bawang goreng n daun sup



















SELAMAT MENCUBA Yeeee....



salam dari dapur.....
mar_aman...

Tuesday 23 October 2012

cherating with luv.....




Daaaa....i da blk...besstttt....bilik kat Impiana Resort Cherating ni pown okeyy..dapat bilik superior deluxe..makanan okey, view pon okey..hepi lar coz da lama x g pantai..cuma ujan lebat..but still dapat main ombak ngan hubby..kat bwh  nie beberapa gmbr bilik..nice..




Sesiapa yang berminat, leh la sms saya....bilik memang ok..makan pon okeyy...
RATE : RM230.00 - RM 330...

Thursday 18 October 2012

cuti b4 cuti....

Hehehe...macam klakar jek bunyiknye..
Actually, end of tis wk kitorang nk g cuti2 kt cherating...sbnrnye, family day kelab staff hubby...lama sesangat x g cherating tu..very long time ago..harap2 okey, manageable n the most important is : x ujan lebattt..nnti i post pic yg agak2 mcm menarik...bubbyeee...

Sunday 14 October 2012

Sunday 26 August 2012

Nasi Lemak Pandan dengan ayam berempah...


Nasi Lemak Pandan...

Bahan-bahan....

NASI :
1. Beras 2 cawan (basuh bersih)
2. Santan 1 1/2 cawan
3. Air pandan 1/4 cwn..kalu xde guna pewarna hijau pon boleyy..
4. 1/2 biji bwg bsr dihiris
5. 2 cm halia dihiris
6. garam secukup rasa
7. Daun pandan 2 helai
semua bahan dimasuk ke dlm rice cooker dan dimasak(macam masak nasi)

SAMBAL :
1. Lada kering(satu mangkuk kecil)
2. 1 biji bwg besar dihiris
3. 1 biji bwg putih
4. Bilis
5. Air asam (3 sudu besar)/ 1 keping asam
6. 1 biji bwg besar dipotong bulat
7. minyak untuk tumis
8. 3 sudu gula
9. garam secukup rasa

CARA :
1. lada+bwg besar+ bwg putih+bilis= kisar
2. tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing
3. masukkan gula, garam, air asam
4. masukkan bawang yang dipotong bulat
5. angkat bila bawang telah layu

AYAM REMPAH :
1. Ayam separuh
2. 2 cm halia
3. 2 sudu ketumbar
4. 2 sudu rempah kari
5. 1 sudu garam
6. 3 biji bwg putih
7. 3 sudu tepung gandum

CARA :
1. halia, ketumbar, bwg putih dikisar
2. gaul bahan kisar dengan ayam + serbuk kari+garam+ tepung
3. perap 1 jam
4. goreng


SELAMAT MENCUBA....
-Mar_amanz-

Salam lebaran 1433H...

Syawal kembali lagi...meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan....moga kedatangan Syawal kali ini membawa lebih kenikmatan buat kita...Rasanya belum terlewat utuk saya ucapkan salam lebaran buat semua...di mana jua anda berada..hehehe..
Syawal kali ni, seronok...6/7 saudara saya  dapat berkumpul bersama...abg ngah je x dpt blk coz br dpt baby boy (AMZAR)...tahniah ngah..bertambah lagi anak buah saya...
last but not least, siapa pun kita, berayalah dengan bersederhana dan jangan membazir n ingatlah pada mereka yang tiada....moga lebaran kita penuh dengan keberkatan...AMIN...


mr jiji with his pinky shirt...hahahaha....


@ my dad's home sweet home...

luv...
mar_amanz

Thursday 31 May 2012

Amalan sunat Bulan Rajab....

 Jom sama-sama kita hayati dan sama-sama kita amalkan...bukan susah punnn kann nak kumpul pahala. Daripada kita lakukan perkara-perkara yang tak mendatangkan pahala, baik kita tambah amalan2 sunat, insyaAllah ada balasan pahala dari yang ESA....

“Bersabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya di syurga ada sungai yang disebut dengan rajab (isinya) lebih putih dari pada susu, dan lebih manis dari pada madu. Barangsiapa yang berpuasa sunnah satu hari pada bulan Rajab akan diberi minum oleh Allah dari sungai tersebut.” (HR. Imam Baihaqi)

Dari Abi Hurairah berkata ; Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wassalama bersabda ; “ Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab Allah mencatatnya sebagaimana orang puasa 60 bulan”.

Barang siapa membaca :

رَبِّ اغْفِرْ لي وَارْحَمَنِْي ُوتُبْ عَلَيَّ ٧٠ ×

Setiap selepas isya’ malam bulan Rajab, maka tidak akan tersentuh kulitnya oleh api neraka (Al-Hadits)

Amalan bulan Rejab

1.    ‎Istighfar Rajab (70x siang & 70x malam) ;
       أللهم اغفرلي وارحمني وتب علي وانت خيرالراحمين.

2. ‎   Tasbih Rajab (100x tiap selepas maghrib) ;
       Pada malam 1 – malam 10 Rajab, سبحان الله الحي القيوم.
       Pada malam 11 – malam 20 Rajab, سبحان الأحد الصمد.
       Pada malam 21 – malam 30 Rajab, سبحان الله الرءوف

3.    Banyakkan berpuasa sunat di bulan ini (terutama 1,2,3 Rajab  
       & sunat Isnin Khamis.

4.    Banyakkan membaca AL-QURAN
 
 
Doa Awal Rejab

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
(Allahumma baarik lanaa fii rojabin wa sya'baana wa ballighnaa romadhoona)
Maksudnya : Wahai Allah! Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan

Thursday 26 April 2012

Diet ikut jenis darah?

Jom kita lihat diet yang sesuai untuk kita mengikut jenis darah..
Uollss tau x jenis darah masing2? saye jenis darah A...hehehe..

DARAH A : Digalakkan untuk setia dengan sayuran dan buah.Amalkan diet jenis tinggi karbohidrat dan rendah lemak. Kajian menunjukkan cairan darah jenis ini lebih pekat berbanding yang lain.  Mempunyai imunisasi tubuh yang sensitif dan x digalakkan ambil produk tenusu, lemak haiwan,
dan daging. Berisiko mendapat diabetes, kanser dan gejala kardiovaskular yang lemah.

DARAH B : Perlu mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang iaitu sayuran, buah-buahan, bijirin, dan ikan. Jauhi daging ayam. Pemilik darah jenis B mudah diserang penyakit jantung, kerosakan hati dan kanser.

DARAH AB : Setiap kali makan, ambillah makanan yang berasaskan sayur-sayuran. S4sekali bolehlah mengambil ikan, daging lembu, dan produk tenusu.

DARAH O : Anda perlukan diet tinggi protein. Banyakkan pengambilan daging merah, makanan rendah karbohidrat, dan banyakkan pengambilan makanan berasaskan gandum, jagung, dan elakkan tenusu dan  kekacang. Cenderung mengalami masalah tiroid, gastrik, ulser, dan mempunyai cairan darah paling minimum.

so, apelagi...kenali jenis darah dan mulakan makan makanan mengikut jenis darah supaya tubuh kita mencapai kestabilan yang paling maksimum...selamat mencuba..


mar_amanz.....

13 CIRI LELAKI YANG DISUKAI WANITA....

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, banyak ciri lelaki yang kadangkala membuatkan wanita/ isteri rasa bosan dan meluat...so, kat sini ada disenaraikan sedikit ciri2 lelaki yang pasti membuatkan seorang wanita tertarik kepadanya...INSYA ALLAH...
  1. LELAKI YANG BERIMAN
  2. LELAKI YANG TIDAK CEMBURU BUTA
  3. TIDAK MUDAH MENGALIRKAN AIR MATA
  4. TIDAK MENINGGI DIRI DAN TIDAK PULA TERLALU MERENDAH DIRI
  5. LELAKI YANG MEMEGANG TEGUH KATA-KATANYA DAN TIDAK MEMUNGKIRI JANJI
  6. LELAKI YANG MENJAGA KEBERSIHAN
  7. LELAKI YANG CERDIK
  8. TIDAK SUKA BERCERITA TENTANG KELEBIHAN DAN KETAMPANANNYA
  9. TIDAK MUDAH HILANG KEWARASAN
  10. TIDAK SUKA MELAKUKAN SESUATU TANPA DIRANCANG
  11. TIDAK SUKA HIDUP BERFOYA
  12. MENYEMPURNAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BAIK
  13. MENGHIBURKAN(TIDAK TERLALU SERIUS)
SO...APELAGI..KAUM ADAM, CERMIN2 DIRI DAN TINGKATKAN PENAMPILAN DAN TAWANLAH HATI WANITA YANG ANDA DAMBAKAN.....SEMOGA BERJAYA...

Wednesday 25 April 2012

WARNAI MOOD ANDA SUPAYA HIDUP LEBIH SIHAT DAN CERIA...

Tekanan kerja, masalah keluarga dan beberapa penyakit yang tidak diundang  kadangkala boleh mengganggu ketenangan kita. STRESS yang tidak dirawat atau dikawal akan menimbulkan masalah yang lebih berat akhirnya dan menurunkan kualiti hidup...Bagaimana cara untuk mewarnai hidup kita?

  1. SINGKIRKAN MASALAH KESIHATAN (Berjumpalah doktor untuk rawatan)
  2. GERAKKAN TUBUH ANDA(Lakukan pelbagai aktiviti)
  3. MINUM AIR KOSONG LEBIH BANYAK
  4. TIDUR LEBIH AWAL(Elakkan tidur lewat pagi)
  5. NIKMATI MAKANAN LAUT
  6. KURANGKAN BERAT BADAN
  7. MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN(Pergilah ke surau, Balai Raya, Hari Terbuka, senamrobik, Hari Keluarga dll)
  8. BANYAKKAN BERZIKIR/MEMBACA AL-QURAN
  9. MENDENGAR MUZIK YANG MENENANGKAN
  10. WUJUDKAN HOBI (MENJAHIT, BERSUKAN, BERCUCUK TANAM, MEMBACA NOVEL DLL)
Apapun kerja/tugas/amanah kita, pastikan kita lakukan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan tidak berkira..InsyaAllah kita tidak akan STRESS dan berada dalam mood yang ceria...Bangun pagi dengan niat yang baik dan mood yang ceria. Berdoalah agar hari yang akan kita lalui sentiasa ceria dan diberkati...INSYA ALLAH...

SALAM CERIA SELALU....

Sunday 22 April 2012

Jom tukar cara percakapan....

 Entri kali ni nak share sket bagaimana nak ucapkan sesuatu yang boleh mendapat pahala dan baik untuk diamalkan...ramai antara kita sekarang ni suka mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya bila bercakap..so, apakata kita biasakan mulut dengan ucapan/kata2 yang baik??InsyaAllah, lama kelamaan nanti ianya akan jadi kebiasaan/amalan kita...


AMALKAN 7 KALIMAH INI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN…
1.     Mengucap BISMILLAH setiap kali hendak melakukan sesuatu

2.     Mengucap ALHAMDULILLAH setiap selesai melakukan sesuatu
3.     Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah tersilap mengucapkan 
          perkataan yang tidak sepatutnya
4.     Mengucapkan INSYA ALLAH jika menjanjikan sesuatu/merancang  
          sesuatu
5.     Mengucapkan LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH jika
          menghadapi sesuatu yang kurang disukai/tidak diingini
6.     Mengucapkan INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika
          menghadapi/mendengar musibah
7.     Mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
          sepanjang hari tidak kira masa
SELAMAT BERAMAL
Mar_amanz......

Wednesday 18 April 2012

Petua menurunkan gula dalam darah (diabetes)

Boleh cuba...kalau serasi dengan anda..Apa yang penting, kurangkan makanan manis/berlemak, kurangkan pengambilan karbohidrat, makan malam awal(sebelum 8 malam),banyakkan minum air kosong...

  1. makan 10 helai daun kari sehari...sehingga 3 bulan...
  2. makan bendi/jadikan ulam
  3. minum air rebusan misai kucing + daun hempedu bumi
  4. makan ulam peria / jadikan jus, minum setiap pagi(1/2 cawan pun dah cukup)
  5. minum air rebusan buah/daun mengkudu
selamat mencuba ya.JAga kesihatan, jangan mudah berputus asa..Semoga usaha anda berjaya...InsyaAllah...

Monday 16 April 2012

Nak hilangkan stress??elakkan cara berbahaya nie..

sesiapa pun akan menghadapi waktu yang tertekan....banyak cara untuk hilangkan stress ni...as a muslim..kita boleh berzikir..baca al-quran..ambil wuduk...duduk tepi kolam..tengok ikan, burung2 terbang, baca novel....namun, ada beberapa cara yang perlu dielakkan kerana ianya bukan menghilangkan  tekanan, tetapi akan memberi kesan buruk terhadap kita...
Nak tau ape dia ?
  1. menonton televisyen - kajian menunjukkan menonton akan mendedahkan diri kepada obesiti n diabetes...so..AWAS..
  2. MEROKOK..
  3. Makan lewat malam..
  4. berlari secara berlebihan..
so..nak release tension tu kena la pilih cara yang betul ye...jangan sampai memudaratkan diri..kalau boleh..amalkan cara hidup sihat, elakkan stress, insyaAllah sihat n dapat lakukan ibadah n tugas seharian dengan aman, tenang n ceriaaaaaa...

PERSIAPAN UNTUK EXAM....

weeeeee...macam i lakk yg nak exam..actually ni special tuk anak2 buah yg otw to seat 4 de exam..upsr, pmr, spm..and one more special dedication 2 ank sedaraku yg nak xm ( final sem )..miss diera din..ahak...ahakkk...so ada sket2 tips utk menghadapi exam dengan tenang..

1. siapkan nota ringkas( a month b4 tauu..not a day b4 xm)
2. kalau boleh, bgn malam, solat sunat tahajjud n solat sunat hajat...mohon diterangkan hati..
3. minta mak, ayah, adik beradik tolong sama doakan..
4. kurangkan melihat maksiat, najis...
5. rehat secukupnya..
6. makan, minum dengan teratur n dapatkan zat dan vitamin secukupnya..
7. untuk subjek menghafal, seeloknya baca n hafal pada waktu pagi(lagi bagus kalau dpat bangun awal 
   pagi)
8. semak contoh2 soalan tahun lepas2 dan lihat pattern soalan...

Sunday 15 April 2012

Rompakan di kampungku....

Hmm...macam2 kannn...bila x nak berusaha n x kenal erti halal dan haram..cara yang paling mudah nak dapat duit ialah dengan merompak...saya kenal benar dengan mangsa ni...we all panggil pak mat n mak awa...apepun, harap2 xde lagi kejadian macam ni berlaku kat situ...

Utusan Malaysia Online - Jenayah#.T4a1wdKc6QA.blogger#.T4a1wdKc6QA.blogger#.T4a1wdKc6QA.blogger#.T4a1wdKc6QA.blogger#.T4a1wdKc6QA.blogger#.T4a1wdKc6QA.blogger

PROMOSI CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGIII!!!!

Promosi Mayangsari Resort Port Dickson...


APARTMENT 2 BILIK....

Weekend (JUMAAT-SABTU)--> RM 260/night

Weekdays (AHAD-KHAMIS)--> RM 180/night

Cepatttt...booking sekarang!!!

Maklumat lanjut : Layari http://www.mymayangsaripd.blogspot.com/

Bila budak-budak balik kg....

tak habis lagikk citer pasal kg kannn...xpe larr, utk sesiapa yg xde kg, leh la tumpang rasa keseronokan balik kg...saya suka sngt tengok anak2 buah bila balik kg...banyak betul aktiviti diorang nih..sampai x nak masuk rumah ..kalau yang lelaki, apelagi..memancing la..lagi-lagi bila ada pak andak n pak uda yang rajin melayan..


yang ni, ratu..ni berani skett..tiap kali cuti sekolah memang dia n abg is akan ikut kitorang blk rumah atuk..anak ayam pun nak buat mcm main anak kucing...hadoiii...sib baik x mati tercekik anak ayam tu...kelakar larr..



ni ratu n iskandar, kat rumah my father in law@ atuk hensem(nama panggilan yg diberi oleh budak2 nie)...


nie, iffah, ammar, ratu n is...buat ape tu????


ini, ammar besar(ammar aiman), tadi ammar kecik...ni la yg jadik ketua memancing...diorang ni duk kelantan...so cuti panjang la baru dpt jmpa...

wahhhh...pak andak n shira...

Saturday 14 April 2012

Berbudi kepada tanah@hobby den....


Alhamdulillah...syukur..tahun nie byk tanaman yang membuahkan hasil..Actually my hubby n i memang suka bercucuk tanam keliling rumah...yelahh...daripada tanam lalang, better we all tanam sket2...ada rezeki, dapatlah rasa hasilnya kann..walaupun sedikit, itu dah cukup buat we all hepi..u olls leh la try tanam sayur, cili, bendi kat rumah...tanam dalam pasu pun ok..yang penting, kena siram n bagi baja skett,baja N,P, K tu dah cukup..leh beli kat nursery / pasaraya..around 4-6 ringgir jerr..one more kena la buang daun2 rosak atau serangga2 perosak...

nie pokok cili kat tepi umah....ada larr around 10 pokok..dpt la buat masak lomak cili api n sambal belacan....


 nie pokok tomato...






so...apelagikkk...jommmm gardening....


INDAHNYA......

Waahhh....hari ni baru ada masa nk menaip...agak bizi sejak kebelakangan nie..meeting, camping, dating...hehehe..hari nie dapat rest skett..
bila sebut perkataan indah nie..macam-macam yang terbayang..keindahan alam, keindahan hidup, keindahan menikmati kurniaan dan ciptaan tuhan..biasa la kann..kita hidup ni memang sukakan yang indah-indah..so, ada dua perkara yang indah nk share skett kt sini..


Gambar nie saya snap kat langkawi...last 3 yrs..budak kenit 2 org tu pun skang dah besar(mohon kebenaran to mrs. betty n mr. malek coz gunakan iskandar n ratu as models..hehehe)...suka larr tgk gmbr nie..
one more, saya suka keindahan lirik lagu penerang hati nie...

Mencinta Mu
Tenangkan jiwaku
Merindu Mu
Hatiku selalu
Hanya DiriMU satu
Cintaku

Takkan Mampu ku jauh dariMu
Satu nafas ku harap kau ada
Hanya padaMu tuhan
Kurayu......

Ku akan mencintaMu
Selalu merindu Mu
Seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau menjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi....

Jangan pernah..
Kau menjauh....

JUST FOR U ALLAH......


Monday 2 April 2012

seronoknye blk kg....

weee...weee....blk kg sudaaa.Aritu citer psl pokok pisang..harini nk citer pasal hasil terbaeeekkk dari sungai Lenga..Apeponn, tenkiu sesangat kat pak uda or abg nap coz tolong tangkapkan udang n ikan baung n ikan haruan..petang kul 6 kitorang smpai, terus siang ikan n atuk rahman(my dad) terus mtk masakkan utk dinner mlm tu..sodappp..menyandar semua lps mkn..kena pulak atuk ada TV baru..perrgghhh...Actually depan umah ni mmg ada sungai n banyak ikan n udang besar2...selalu gak org dr tmpt laen dtg memancing..kalu musim udang, byk la leh dapat.Last month, my uncle dpt almost 40 kilos udang galah...dahsyat kann..sesape yg jarang2 tengok udang galah leh la jamu2 mata kat bawah nie...hehehe

Ni Gambar sebelum ....


Tadaaaa...da siap utk di masak...

yuhuuuu....nyummm...nyummm...

Saturday 24 March 2012

Acar Buah...my mom's recipe...


Hari nie entri pasal acar buah pulak. Kalau kat Johor, ramai yg suka makan dengan nasi minyak...Arwah mak  cukup suka makan dengan bubur nasi..Skang nih, ada gak yg buat tempahan tuk kenduri kawen..hehehe, rezekii...tenkiu mak..ajar saya...

so, nak share sket resepi acar buah nie...sape2 yang suka makan..leh la try buat..

Bahan-bahan kisar :
  1. 4 inci halia
  2. 6 biji bawang putih
  3. 10 biji bawang kecil
  4. 5 sudu udang kering
  5. 2 cawan lada kisar
  6. garam
  7. 1 cawan gula
  8. 1 cawan air asam jawa
  9. minyak untuk menumis
Bahan potong :
  1.  250 g bawang kecil (kerat 2)
  2. 250 g bawang putih (kerat 2)
  3. 100 g jeruk ceri merah
  4. 100g jeruk ceri kuning
  5. 100g jeruk asam dipotong
  6. 100g buah prun (dipotong 6)
  7. 100 g asam merah (nak letak lebih pon boleh)
  8. 100 g jeruk sengkuang (dipotong dadu)
  9. 100 g kismis
  10. 20 biji cili padi (digoreng)
cara-cara :
1. panaskan minyak, goreng dulu bawang putih dan bawang kecil yang dipotong..bila dah kekuningan,    
    angkat dan toskan.
2. Tumis bahan kisar hingga garing
3. masukkan gula, garam
4. masukkan semua jeruk dan gaul rata
5. masukkan air asam, biarkan mendidih
6. perasakan...(kalau kurang garam/gula leh tambah)..
7. Kacau sampai sebati dan boleh angkat bila terbit minyak..

Pesanan penaja : resepi ni boleh dapat sebalang acar buah..kalau nak buat sikit, kurangkan lada dan bahan jeruk. Jeruk yang digunakan boleh tukar lain(bergantung pada minat). Cadangan jeruk : buah kana, jeruk anggur, jeruk betik, jeruk belimbing, jeruk limau, lobak masin/manis..Untuk semua customer...tenkiu olss..

SELAMAT MENCUBA..... 
Nak tempahh??..satu balang besar RM 70.00..


Tuesday 20 March 2012

Moga tuhan memberikan kejayaan buat kalian...

Salam sejahtera semua...malam ni rasa mcm x begitu tenteram..memikirkan keputusan anak2 murid esok..ada sorang anak sedara pun tengah berdebar nak tunggu result esok (Mr. Hakim)....Apa sahaja keputusan yang korang terima esok...terimalah dengan penuh keredhaan...kalau berjaya, ucapkanlah SYUKUR kepadaNYA yang telah membuka dan menerangkan hati kamu untuk menerima ilmu dan menjawab soalan dengan tenang..Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada kedua orang tua kalian yang telah mencarikan rezeki yang halal..Jangan lupa pulak utk ucapkan terima kasih kepada guru2 , tidak kira banyak mana ilmu yang mereka telah curahkan...
Namun begitu, sekiranya apa yang diterima tidak begitu memuaskan hati...jangan berputus asa..InsyaAllah, masih ada lagi ruang untuk memperbaiki kelemahan...perjalanan masih jauh...Apa yang kita usaha , itulah yang akan kita terima..teruskan berusaha sehingga mencapai kejayaan, tidak kira dalam apa jua lapangan...asalkan sesuatu yang baik dan memberi manfaat....Kalau kita rajin berusaha, tuhan pasti akan membalasnya...antara cepat atau lambat sahaja...yang penting, sentiasa mencari keredhaanNYA dan melalui jalan yang benar....Mohonlah petunjuk dariNYA....Moga jalan yang akan dilalui sentiasa cerah dan dipermudahkan..AMIN..



Doa dan harapan dari seorang guru biasa......



Untuk anakanda HAKIM...moga hakim berjaya dan teruskan berusaha...TAHNIAH...


Malacca tour day 2...



wahahaha....2nd day kat mlka, 1 family da blk..mr malek n mrs betty terpaksa blk coz da start kojer..tgl la 3 family...pagi2 bdk nih da bgn coz nk mndi kolam...tp x jd sebab ujan gerimis..tkr plan..g bwk kanak2 ni g zoo melaka..anyway..tq mayangsari...next time leh la dtg lagik..insyaAllah...b4 balik sempat la we all snap beberapa gmbar...bkn ape, takut nnti dan beso budak2 nie x kenal sepupu sepapat diorang...





 Yang pakai cap tu Ammar Aiman@ abg kiman ngan member kamcing dia..Iskandar..suka betul iskandar ngan abg kiman dia..



Pak andak, pak oteh n  anak2 sedara....


 ada serupa ka? is with his cousin..kak long fida..



Me, my eldest sis n 2nd sis...

ratu, iffah n shira...


Apa-apa pun....hubungan kekeluargaan itu hendaklah dijaga...susah, senang, sakit....kat mana lagi kita nak mintak bantuan..masa senang, sama-sama kita rasa...masa susah, sama-sama kita bantu...Insya-Allah...Semoga Allah memelihara hubungan ini...AMIN...

Tuesday 13 March 2012

malacca day 1....






Cuti sekolah lagikkk...as usual, jenjalan la ape lagi kann..kali ni bwk ramai skett coz my sis n my bro blk kg...so ada ore klate, bangi, muadzam....1st day tu, bwk 2 org budak klate ni...my sis 2nd day br dtg...so i culik 2 org ank bujang dia dulu..kitorang menginap kat Mayangsari suite A Famosa..actuallly ni we all dpt free 3 day 2 night stay...smbung nnti...nk g mandiiiiii kt pengkalan balak...yihaaaa...





Abang akim n abg iman....





1 bedroom apartment...



dinner kat parameswara...