suke-suke..hepi-hepi..tak nak stres2 okeyyyhhh...........

First of all, thanks to alls yg sudi lawat my page ni..thanks to all bloggers yg bg n share ilmu...sesiapa yg nak share ape2 dipersilakan...ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg dikongsi dan memberi manfaat kepada sesiapa yg menerimanya...Semoga apa yg kita kongsikan mendapat redhaNYA......SENYUMMM..xperlu kata apa-apa...

Saturday 28 January 2012

MARI AMALKAN AMALAN SUNNAH RASULULLAH.......

7 amalan sunnah rasulullah......
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama  : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua      : Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum 

                   mata  melihat dunia,  sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
                   penuh pemahaman.

Ketiga     : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah

                  kemana pun  langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan,
                  bukan kerana panggilan   muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
                  untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima    : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan  

                   malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam  : Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata  

                   khalifah Ali bin   Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu  ia akan sentiasa merasa  
                   selalu solat walau ia sedang tidak  solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, 
                  "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh   : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa

                   kita akan  dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi.

Moga kita sama-mendapat syafaat darinya kelak...insyaAlah...

No comments:

Post a Comment