suke-suke..hepi-hepi..tak nak stres2 okeyyyhhh...........

First of all, thanks to alls yg sudi lawat my page ni..thanks to all bloggers yg bg n share ilmu...sesiapa yg nak share ape2 dipersilakan...ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg dikongsi dan memberi manfaat kepada sesiapa yg menerimanya...Semoga apa yg kita kongsikan mendapat redhaNYA......SENYUMMM..xperlu kata apa-apa...

Monday, 6 February 2012

Nasi ala Kenny Roger's..

Oleh kerana cuti 4 hari..so byk la masa nak try resepi2 baru..Yg ni memang favourite my hubby...So, b4 tu bagi tgk gambo dulu yerr..kalo ada mcm berkenan tu , leh la try sendiri kat umah..

 
Menu : Nasi kukus, ayam panggang blackpepper, mashed potato, salad.....

 
 
Untuk Nasi :
 
Bahan-bahan.....
  1. 1 cawan beras
  2. 1 inci halia
  3.  2 biji bwg putih
  4. 1 biji bawang kecil
  5. 1/2 biji bawang besar dihiris bulat
  6. 1 tsp garam halus
  7. 1 tsp susu pekat
  8. 3 biji bunga cengkih & buah pelaga
  9. sedikit kiub ayam
  10. 3 sudu besar marjerin/minyak jagung/butter/minyak masak...(mana yg ada)
  11. 2 inci Carrot + tomato buah + capsicum merah(kalau ada)--> potong dadu
 CARA-CARA :
 
A. Kisar halia, bwg putih, bwg kecil..(air 1/2 gelas)
B. Panaskan Marjerin/minyak..bunga cengkih + buah pelaga+bawang besar
C.Masukkan bahan kisar
D. Masukkan garam+kiub ayam+susu+1 cawan air + bahan yg dipotong dadu
E. Matikan api..
F. Basuh beras, masukkan dalam bekas untuk kukus + bahan yg ditumis...
    kukus sampai masak (dlm 45 minit)...boleh tambah air sket masa kukus tu kalau nasi keras..
 
 
AYAM PANGGANG BLACKPEPPER...
 
BAHAN-BAHAN...
  1. 1/2 ekor ayam Saiz kecil
  2. 1 inci halia
  3. 1 sudu lada hitam
  4. 2 biji bawang putih
  5. 2 sudu kicap pekat(kalau xde leh guna kicap biasa)
  6. 2 sudu madu
  7. 1 camca gula + garam
Cara-cara....
 
1. Halia, bawang dikisar
2. Gaulkan bahan kisar +lada hitam+kicap+madu+garam+gula dengan ayam
3. Perap dalam peti (lagi lama lagi bagus)
4. Bila siap perap...bakar selama 30 minit dengan suhu 180...
 


Black Pepper sos
 
Bahan2:
 
  1. 2-3 sudu besar lada hitam ditumbuk/kisar halus(boleh tambah jika nak pedas)
  2. 2 ulas bawang putih(tumbuk lumat)
  3. stok ayam -(buat sendiri atau guna kiub)
  4. air(3-4 cawan) (jika guna air stok ayam tak perlu air)
  5. 2-3 sudu tepung jagung(gaulkan dgn air)
  6. garam/perisa
  7. mentega/butter utk menumis
cara-cara :
  1. panaskan butter. tumis bawang putih hingga naik bau
  2. masukkan lada hitam
  3. masukkan stok ayam. gaul rata
  4. masukan air
  5. masukkan garam/perisa
  6. masukkan air tepung jagung
  7. gaul hingga pekat
  8. siap utk dihidang dgn ayam bakar. macam kenny Roger Roaster

kalau nak yg lagi simple... masak sedikit sos blackpepper LIFE dengan 1/2 gelas air, tambah sedikit garam dan lada hitam yg dipecah2..tambah sedikit bancuhan tepung jagung(1 sudu dah cukup).
 
 

MASHED POTATO
  1. Ubi Kentang
  2. Butter (ikut kesesuaian-bergantung pada ubi kentang)
  3. Fresh milk/cream
  4. Ground Black Pepper
  5. A pinch of salt(jika perlu)
  6. Cheddar cheese..kalau nak..
CARA-CARA :

 
Bersihkan ubi kentang(buang kulit) tapi jgn dikerat. Rebus ubi kentang sampai empuk. Buangkan air rebusan tanpa mengeluarkan ubi kentang dari periuk. Panaskan semula dgn api paling kecil. Kemuadian,masukkan butter dan susu/krim dan lecekkan ubi kentang. Masukkan ground black pepper dan garam jika perlu.
 ***Tambahkan dengan keju cheddar jika mahu***
kacau hingga sebati...Tadaaaaa..dah boleh makan..

 

 

 
Gravvy....
 
Bahan A :
  1. 1 biji bawang besar dihiris
  2. 1 1/2 kiub ayam (stok air rebusan daging/tulang pon sdp )
  3. air (agak-agak la)  
*** 3 Bahan ni kita didihkan dulu sampai betul2 masak
 
Bahan B :
  1. mentega / butter
  2. sos tiram
  3. 2 atau 3 sudu tepung jagung - kalau nak buat byk, letak lebih sket.(larutkan ngan air sket)
  4. black pepper
  5. bahan A (yang dah dididihkan tadi) 
Cara :
  1. Cairkan mentega/butter dlm kuali sampai cair (kalau ada lebihan minyak panggang ayam pon leh guna)
  2. Masukkan tepung jagung tadi . Kacau hingga sebati....
  3. Masukkan kuah A tadi sedikit demi sedikit ngan black pepper...kalau nak cair sket letak sup lebih..
  4. bila dah sebati, campukan sedikit sos tiram..Ikut suka nak letak banyak mana, atau bila kaler dah ok...
  5. Rasa sket, kalu kurang masin leh tambah garam...
  6. Tadaaa...dah leh mkn ngan mashed potato...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. Mar..gravy mashed potato nyer resepi mana...bagi arr sekali :D

    ReplyDelete
  2. Faiz...aku da share resepi gravvy...hahaha..

    ReplyDelete