suke-suke..hepi-hepi..tak nak stres2 okeyyyhhh...........

First of all, thanks to alls yg sudi lawat my page ni..thanks to all bloggers yg bg n share ilmu...sesiapa yg nak share ape2 dipersilakan...ilmu yg bermanfaat adalah ilmu yg dikongsi dan memberi manfaat kepada sesiapa yg menerimanya...Semoga apa yg kita kongsikan mendapat redhaNYA......SENYUMMM..xperlu kata apa-apa...

Thursday, 31 May 2012

Amalan sunat Bulan Rajab....

 Jom sama-sama kita hayati dan sama-sama kita amalkan...bukan susah punnn kann nak kumpul pahala. Daripada kita lakukan perkara-perkara yang tak mendatangkan pahala, baik kita tambah amalan2 sunat, insyaAllah ada balasan pahala dari yang ESA....

“Bersabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya di syurga ada sungai yang disebut dengan rajab (isinya) lebih putih dari pada susu, dan lebih manis dari pada madu. Barangsiapa yang berpuasa sunnah satu hari pada bulan Rajab akan diberi minum oleh Allah dari sungai tersebut.” (HR. Imam Baihaqi)

Dari Abi Hurairah berkata ; Rasulullah Salallahu ‘Alaihi wassalama bersabda ; “ Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab Allah mencatatnya sebagaimana orang puasa 60 bulan”.

Barang siapa membaca :

رَبِّ اغْفِرْ لي وَارْحَمَنِْي ُوتُبْ عَلَيَّ ٧٠ ×

Setiap selepas isya’ malam bulan Rajab, maka tidak akan tersentuh kulitnya oleh api neraka (Al-Hadits)

Amalan bulan Rejab

1.    ‎Istighfar Rajab (70x siang & 70x malam) ;
       أللهم اغفرلي وارحمني وتب علي وانت خيرالراحمين.

2. ‎   Tasbih Rajab (100x tiap selepas maghrib) ;
       Pada malam 1 – malam 10 Rajab, سبحان الله الحي القيوم.
       Pada malam 11 – malam 20 Rajab, سبحان الأحد الصمد.
       Pada malam 21 – malam 30 Rajab, سبحان الله الرءوف

3.    Banyakkan berpuasa sunat di bulan ini (terutama 1,2,3 Rajab  
       & sunat Isnin Khamis.

4.    Banyakkan membaca AL-QURAN
 
 
Doa Awal Rejab

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
(Allahumma baarik lanaa fii rojabin wa sya'baana wa ballighnaa romadhoona)
Maksudnya : Wahai Allah! Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan

Thursday, 26 April 2012

Diet ikut jenis darah?

Jom kita lihat diet yang sesuai untuk kita mengikut jenis darah..
Uollss tau x jenis darah masing2? saye jenis darah A...hehehe..

DARAH A : Digalakkan untuk setia dengan sayuran dan buah.Amalkan diet jenis tinggi karbohidrat dan rendah lemak. Kajian menunjukkan cairan darah jenis ini lebih pekat berbanding yang lain.  Mempunyai imunisasi tubuh yang sensitif dan x digalakkan ambil produk tenusu, lemak haiwan,
dan daging. Berisiko mendapat diabetes, kanser dan gejala kardiovaskular yang lemah.

DARAH B : Perlu mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang iaitu sayuran, buah-buahan, bijirin, dan ikan. Jauhi daging ayam. Pemilik darah jenis B mudah diserang penyakit jantung, kerosakan hati dan kanser.

DARAH AB : Setiap kali makan, ambillah makanan yang berasaskan sayur-sayuran. S4sekali bolehlah mengambil ikan, daging lembu, dan produk tenusu.

DARAH O : Anda perlukan diet tinggi protein. Banyakkan pengambilan daging merah, makanan rendah karbohidrat, dan banyakkan pengambilan makanan berasaskan gandum, jagung, dan elakkan tenusu dan  kekacang. Cenderung mengalami masalah tiroid, gastrik, ulser, dan mempunyai cairan darah paling minimum.

so, apelagi...kenali jenis darah dan mulakan makan makanan mengikut jenis darah supaya tubuh kita mencapai kestabilan yang paling maksimum...selamat mencuba..


mar_amanz.....

13 CIRI LELAKI YANG DISUKAI WANITA....

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, banyak ciri lelaki yang kadangkala membuatkan wanita/ isteri rasa bosan dan meluat...so, kat sini ada disenaraikan sedikit ciri2 lelaki yang pasti membuatkan seorang wanita tertarik kepadanya...INSYA ALLAH...
  1. LELAKI YANG BERIMAN
  2. LELAKI YANG TIDAK CEMBURU BUTA
  3. TIDAK MUDAH MENGALIRKAN AIR MATA
  4. TIDAK MENINGGI DIRI DAN TIDAK PULA TERLALU MERENDAH DIRI
  5. LELAKI YANG MEMEGANG TEGUH KATA-KATANYA DAN TIDAK MEMUNGKIRI JANJI
  6. LELAKI YANG MENJAGA KEBERSIHAN
  7. LELAKI YANG CERDIK
  8. TIDAK SUKA BERCERITA TENTANG KELEBIHAN DAN KETAMPANANNYA
  9. TIDAK MUDAH HILANG KEWARASAN
  10. TIDAK SUKA MELAKUKAN SESUATU TANPA DIRANCANG
  11. TIDAK SUKA HIDUP BERFOYA
  12. MENYEMPURNAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BAIK
  13. MENGHIBURKAN(TIDAK TERLALU SERIUS)
SO...APELAGI..KAUM ADAM, CERMIN2 DIRI DAN TINGKATKAN PENAMPILAN DAN TAWANLAH HATI WANITA YANG ANDA DAMBAKAN.....SEMOGA BERJAYA...

Wednesday, 25 April 2012

WARNAI MOOD ANDA SUPAYA HIDUP LEBIH SIHAT DAN CERIA...

Tekanan kerja, masalah keluarga dan beberapa penyakit yang tidak diundang  kadangkala boleh mengganggu ketenangan kita. STRESS yang tidak dirawat atau dikawal akan menimbulkan masalah yang lebih berat akhirnya dan menurunkan kualiti hidup...Bagaimana cara untuk mewarnai hidup kita?

  1. SINGKIRKAN MASALAH KESIHATAN (Berjumpalah doktor untuk rawatan)
  2. GERAKKAN TUBUH ANDA(Lakukan pelbagai aktiviti)
  3. MINUM AIR KOSONG LEBIH BANYAK
  4. TIDUR LEBIH AWAL(Elakkan tidur lewat pagi)
  5. NIKMATI MAKANAN LAUT
  6. KURANGKAN BERAT BADAN
  7. MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN(Pergilah ke surau, Balai Raya, Hari Terbuka, senamrobik, Hari Keluarga dll)
  8. BANYAKKAN BERZIKIR/MEMBACA AL-QURAN
  9. MENDENGAR MUZIK YANG MENENANGKAN
  10. WUJUDKAN HOBI (MENJAHIT, BERSUKAN, BERCUCUK TANAM, MEMBACA NOVEL DLL)
Apapun kerja/tugas/amanah kita, pastikan kita lakukan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan tidak berkira..InsyaAllah kita tidak akan STRESS dan berada dalam mood yang ceria...Bangun pagi dengan niat yang baik dan mood yang ceria. Berdoalah agar hari yang akan kita lalui sentiasa ceria dan diberkati...INSYA ALLAH...

SALAM CERIA SELALU....

Sunday, 22 April 2012

Jom tukar cara percakapan....

 Entri kali ni nak share sket bagaimana nak ucapkan sesuatu yang boleh mendapat pahala dan baik untuk diamalkan...ramai antara kita sekarang ni suka mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya bila bercakap..so, apakata kita biasakan mulut dengan ucapan/kata2 yang baik??InsyaAllah, lama kelamaan nanti ianya akan jadi kebiasaan/amalan kita...


AMALKAN 7 KALIMAH INI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN…
1.     Mengucap BISMILLAH setiap kali hendak melakukan sesuatu

2.     Mengucap ALHAMDULILLAH setiap selesai melakukan sesuatu
3.     Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah tersilap mengucapkan 
          perkataan yang tidak sepatutnya
4.     Mengucapkan INSYA ALLAH jika menjanjikan sesuatu/merancang  
          sesuatu
5.     Mengucapkan LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH jika
          menghadapi sesuatu yang kurang disukai/tidak diingini
6.     Mengucapkan INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika
          menghadapi/mendengar musibah
7.     Mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
          sepanjang hari tidak kira masa
SELAMAT BERAMAL
Mar_amanz......

Wednesday, 18 April 2012

Petua menurunkan gula dalam darah (diabetes)

Boleh cuba...kalau serasi dengan anda..Apa yang penting, kurangkan makanan manis/berlemak, kurangkan pengambilan karbohidrat, makan malam awal(sebelum 8 malam),banyakkan minum air kosong...

  1. makan 10 helai daun kari sehari...sehingga 3 bulan...
  2. makan bendi/jadikan ulam
  3. minum air rebusan misai kucing + daun hempedu bumi
  4. makan ulam peria / jadikan jus, minum setiap pagi(1/2 cawan pun dah cukup)
  5. minum air rebusan buah/daun mengkudu
selamat mencuba ya.JAga kesihatan, jangan mudah berputus asa..Semoga usaha anda berjaya...InsyaAllah...

Monday, 16 April 2012

Nak hilangkan stress??elakkan cara berbahaya nie..

sesiapa pun akan menghadapi waktu yang tertekan....banyak cara untuk hilangkan stress ni...as a muslim..kita boleh berzikir..baca al-quran..ambil wuduk...duduk tepi kolam..tengok ikan, burung2 terbang, baca novel....namun, ada beberapa cara yang perlu dielakkan kerana ianya bukan menghilangkan  tekanan, tetapi akan memberi kesan buruk terhadap kita...
Nak tau ape dia ?
  1. menonton televisyen - kajian menunjukkan menonton akan mendedahkan diri kepada obesiti n diabetes...so..AWAS..
  2. MEROKOK..
  3. Makan lewat malam..
  4. berlari secara berlebihan..
so..nak release tension tu kena la pilih cara yang betul ye...jangan sampai memudaratkan diri..kalau boleh..amalkan cara hidup sihat, elakkan stress, insyaAllah sihat n dapat lakukan ibadah n tugas seharian dengan aman, tenang n ceriaaaaaa...